Archive for April, 2009




sekapur sirih seulas pinang

Bab 1 :Pendahuluan:

        Dewasa ini, pendidikan Bahasa Melayu di sekolah seluruh negara sedang mengalami inovasi dari pelbagai aspek terutama dalam pengurusan penilaian kurikulum dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dikenali sebagai pendidikan maya atau e-learning. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji di Amerika Syarikat dan Taiwan penggunaan e-learning dapat memajukan sebuah negara dalam tempoh masa kurang daripada 20 tahun. Oleh itu pelaksanaan kurikulum bestari di sekolah-sekolah bestari serta  pemerkasaan sekolah kebangsaan bertarap dunia seperti yang termaktib dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) pada hari ini, merupakan langkah proaktif oleh Kementertian Pelajaran untuk memajukan negara kita melalui institusi pendidikan. Justeru itu sebagai warga pendidikan marilah sama-sama kita melangkah seiring menyambut seruan kerjaaan demi merealisasikan misi Satu Malaysia.

 Bab 2 : Risensi buku mutakhir:

     Buku “Dua Benua” karya Anis Sabirin terbitan DBP 2008 merupakan buku yang membicarakan pengalaman dan pandangan penulis tentang Amereika Syarikat. Anis Sabirin merupakan sasterawan wanita yang aktif pada tahun 1960-an dan telah menghasilkan beberapa novel ketika itu. Antaranya ialah novel “Sayang Ustazah Sayang” yang diterbitkan pada tahun 1966. Ketika itu saya baru berumur 7 tahun dan berada dalam darjah satu.

   Dalam buku itu, Anis menceritakan sebab  penghijrahan beliau ke Amerika Syarikat bersama-sama anak kecilnya yang berumur enam bulan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana. Peluang bekrja di pejabat konsulat Malaysia dan Indonisia  di bahagian perdagangan tidak menyekat kemahuannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor falsafah (PHD) di Universiti Alaska.  Semasa mengikuti kuliah, dia amat mengagumi sikap masyarakat Amerika Syarikat yang berlumba-lumba mencari ilmu.

Bab 3 :Catatan harian:

17 April 2009

    Tarikh keramat yang tidak dapat kulupakan dalam sejarah hidupku.  Mengapa?… Kelakar sangat butir jawapannya yang akan kuberikan terutama bagi mereka yang telah mengikuti  arus kemajuan ICT atau TKKM. Sebenarnya dah lama aku teruja memiliki blog sendiri apatah lagi berada di tengah-tengah arus globalisasi pendidikan. Banyak faktor yang menyebabkan kelewatanku  memiliki sidahtigs.edublogs.org. Antaranya hambatan masa. Namun  sungguhpun begitu, dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi, keterujaan itu menjadi satu kenyataan. Oleh itu sekalung ucapan terima kasih kutujkan kepada yang berusaha Pengatua TIGS, Pn.Hjh.Remi Binti Kardi, yang selalu mengingatkan tentang hal ini, En.Ramli Bin Yahya, GC Bahasa Melayu, yang selalu mencabar guru-guru BM dan Pn.Zalina Binti Shafie, yang membimbingku dalam pembikinannya. Insyaallah mulai saat ini, u mulai bertatih menuju puncak

 

 

3 comments April 16, 2009



Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

April 2009
M T W T F S S
    May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Posts by Month

Posts by Category